smile before you read! :) hehe

stoorryy Moryy~

18 December 2012

Mimpi Ngeri :(

Assalamuailakum semua :)

Aku rasa dah lama aku tak post something kat blog nie.
Actually aku dah plan.. lepas SPM aku nak post macam2 kat blog nie.
Seriously ada banyak benda aku nak cerita.
Tapi aku takda mood nak berblogging :(
Biasalah, apa yang kita merancang.. tak selalunya kita akan buat.

Mesti kawan-kawan aku tertanya2 apa yang aku buat lepas SPM kan?
-aku ikut mak pergi kerja.
-tidoq dalam office mak.
-baca buku kisah Nabi-Nabi
-buat latihan "grammar english"

Okay,
Sekarang aku nak cerita pasal MIMPI NGERI!
..................................................................................................
Semalam aku tak boleh tidoq..masa tu dah pkl2.50 pagi.
Aku rasa memang tak sedap hati sangat-sangat sampai nak tidoq pun aku takut!
Kenapa aku takut?
Aku takut mati. Aku takut tidoq selama-lamanya.
Aku try selawat macam2.. tapi semua aku rasa tak kena.
Aku rasa macam apa yang aku selawat tu salah.
Jadi, aku selawat sampai la aku tertidoq.

Dalam mimpi tu..
Starting mimpi ni aku tengah swimming.
Kolam tu ada dalam rumah. 
Seriously besar gila kolam  tu and aku tak bole imagine betapa besarnya rumah tu.
But dalam kehidupan sebenar, aku hidup hanyalah sederhana sahaja. :)
And the most important! aku tak pandai swimming!! :(

Okay, back to the dream :)
Tiba-tiba aku lari and switch on the laptop,
Lepas tu, tiba2 skrin laptop tu tunjuk..
Bursa saham negara ini jatuh and aku rasa aku ada part dalam bursa tu.
Try imagine.. mata wang negara ni jatuh mendadak dalam masa 3 hari ja.
Duit Ringgit kita, da macam sekeping kertas yang tiada gunanya. #ImeanTIADAnilai :'(
Ada 3 buah negara cuba jatuhkan negara ni..
Depa buat trap dekat negara kita dalam diam tanpa kita sedar.
Aku buat macam2 and try selamatkan tapi x berhasil :(
sampai negara kita dah bankrup.

Lepas tu 3 buah negara tu hantar Israel weyh. cuma Allah ja tau perasaan aku :(
Aku keluar rumah and tengok langit dgn harapan masih terbuka ruang taubat untuk aku.
Pastu ada orang dok menjerit kata 21 Disember Kiamat.
Tapi depa silap, kiamat tu Rahsia Allah yang kita tak dapat jangkakan tarikh tersebut.
Aku try google cara2 nak bertaubat.
Tapi time tu line internet suma dah slow and dah tak boleh guna.

Pastu aku keluar rumah..
Masa aku berjalan..
Semua orang sibuk dengan amal masing2.
Orang yang tutup aurat dengan berjubah, jalan sambil selawat.. Tenangnya muka depa bila aku tengok.
Yang x tutup aurat, depa lari macam xda halaun sambil menjerit.. :( takutnya!
Aku jalan kaki sampai sekolah rendah lama aku. #S.K.Convent
Aku nak amek seorang budak tapi guard tu tak bagi masuk :( 
Pastu aku tunggu depan gate sekolah tu..
Tiba-tiba.. Ada adik beradik ni semua perempuan tapi tak tutup aurat.
Depa dok menghina and maki orang yang pakai tudung. Seriously scary wehh :(

Lepas tu berlakunya perang bila Israel dah sampai :(
Orang2 semua dah macam tak boleh tenteram and keadaan dah jadi kelang kabut.
Sembunyi lah kat mana pun memang dah tak selamat.
Aku menangis gila2 la bila tentera Israel nak bunuh aku sebab aku tak sempat nak bertaubat.
..........................................................................................

Tiba-tiba aku terjaga..
Masa aku tengah tidoq tu aku menanges.
seriously sampai sekarang aku rasa takut + tak sedap hati.
Ya Allah takutnya. :(
Mimpi ni dah menginsafkan aku.
Selama ni aku banyak leka.
Aku betul-betul bersyukur ada perasaan takut yang macam nie and bersyukur dengan hidup nie.
Aku bersyukur sangat-sangat sebab aku masih boleh bertaubat :)
Terima kasih Allah :))


P/s: 
Aku nak minta maaf  kepada kawan-kawan or sapa-sapa yang kenal aku.
Minta maaf kalau banyak buat salah or ada sakitkan hati anda secara sengaja atau tidak,
secara sedar atau tidak sedar.
Harap dimaafkan :)
Terima kasih!

2 comments:

  1. Tynn, scary doh. Insaf baca. Tapi palingg tak boleh blah, bursa saham tu hahaaa dah mcm spy negara lol. Rindu tynn ♥

    ReplyDelete
  2. hye bobo. tyn pun kot bila mimpi macam ni T.T
    sengal gila bursa2 suma ni :p miss u too titot <3

    ReplyDelete